Followers

Tahun yang merudum

Tahun ni lah tahun yang paling merudum sekali dalam penglibatan sukan..

Latihan jangan cakap lah. sebab banyak hal yang perlu di uruskan.. tapi aku bukan stop terus dalam berlatih,  pendek kata kalau aku stop terus tak lena lah aku di buatnya..

aku kena usaha untuk terus memberi saingan, kalau nak tanamkan kejayaan GOAL sudah pasti jauh lagi perjalanan yang perlu aku tempuh.. apa pun aku kena tekad dan berusaha untuk terus berjaya...

Tahun 2012 ni aku sasarkan 6 medal untuk pelbagai even larian.. tapi hingga bulan Jun ni baru ada 3 medal.. Ini bermakna lagi 3 even dan medal yang perlu aku dapatkan..

Category: 0 comments

Salam Pembuka Bicara seorang Runner...

Yah….bermula kita disini….

Aku bukanlah pakar sukan, mahupun ahli sukan yang terkenal. Jauh sekali seorang Jurulatih. Aku seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang meminati dan mencintai sukan.

Sepertimana anda sekalian diluar sana, aku juga tidak terlepas dari hasrat ingin berkongsi pengalaman dan ilmu yang serba kurang ini. Maka dalam blog ini ianya sekadar catatan kehidupan seharianku dalam usaha mencapai usaha demi usaha untuk berjaya dalam bidang  sukan.

Mana yang baik kita jadikan panduan….mana yang tak elok silalah tegur-tegurkan. Sebarang komen atau cadangan dari para pembaca sekalian amat aku alu-alukan.

Sekian dahulu buat permulaan….ketemu lagi dilain siaran.

Wassalam….

Category: 0 comments